Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog qasehabah. Agak lama saya tidak menulis di blog ini di atas perkara2 yang tidak dapat saya elakkan. Sewaktu menulis entri kali ini,anak sulung saya, Batrisya pula demam campak selepas berjangkit dengan adiknya, Basyira. Jadi kena kuarantin di rumah lagi laaa....hmmm...raya di KL belum puas lagi. Nasib baik di minggu pertama raya di kulim, anak2 saya belum lagi terkena demam "cantik" nie....
Selepas menunaikan sembahyang raya di Masjid Taman Selasih, kami sekeluarga berkumpul di rumah dan slot "salam mohon kemaafan" bermula...kali ini semua adik beradik saya termasuk suami saya dan mama kena bagi ucapan sebelum bersalaman. Suami saya pembuka tirai bagi segmen ini...keikhlasan, keinsafasan benar2 dapat dilihat di setiap wajah di pagi itu...Air mata berlinang mengenangkan memori raya bersama arwah abah. Yang pastinya...dalam semua, Aly laaa yang menangis paling teruk...huhuhu...dia la adik yg paling sensitif dan mudah menangis.
Selepas bersalaman dan makan bersama, kami sekeluarga pergi melawat pusara arwah abah yang dikasihi. Bacaan yassin dan tahlil diketuai oleh suami saya disempurnakan. Semoga Abah ditempatkan bersama org2 yang soleh dan dikasihi oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment