Sunday, August 30, 2009

PEMBAZIRAN AMAT MERUGIKAN...

Salam...



Masa berlalu begitu pantas sekali. Hari ini merupakan hari ke-8, umat Islam berpuasa. Dalam melalui bulan penuh kerahmatan dan keberkatan ini, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga teman2 agar insaf dan memahami sepenuhnya tujuan dan pengajaran Allah mensyariatkan puasa dan mewajibkannya untuk kita.

Antara pengajaran dan peringatan itu adalah supaya tidak melakukan pembaziran dan boros dalam kehidupan kita. Pembaziran adalah perbuatan keji yang patut ditinggalkan oleh kita yang mengaku benar2 beriman dengan Islam.

Selalunya perbuatan ini, kita tidak dapat elak sewaktu kita di bazaar ramadhan dan juga di shopping mall. Saya sendiri tidak terlepas dari masalah ini setiap kali menjelang Ramadhan & Syawal. Yang pastinya pada tahun ini, saya dan suami sentiasa beringat2 sebelum membeli juadah untuk berbuka. Apa yang kami lakukan, kami rancang terlebih dahulu apa yang perlu dibeli supaya mengelakkan pembaziran pada wang dan juga makanan. Cukup sekadar 2 jenis kuih dan 1 jenis air yang macam-macam ada. Makanan berat seperti nasi serta lauk yang simple2 akan saya masak sendiri. Sounds like "kedekut", tapi itulah cara kami berjimat.

Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana. Meskipun belanja berlebihan hak golongan orang berada, pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai satu pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran.

Justeru, kita perlu sedar bahawa Ramadhan yang dilalui ini banyak mengajar kita agar sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja.

Oleh itu, alangkah baiknya jika kita membanteras amalan pemborosan dan pembaziran yang keji ini, dengan menggalakkan amalan kebajikan seperti bersedekah. Setiap bantuan yang diberikan, akan disediakan ganjaran dari Allah SWT.

Amin.


Dari Qaseh ABAH: "Dan bagi tiap2 umat ada arah (kiblat) yang masing2 menujunya; oleh itu berlumba2 lah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu. (Al-Baqarah 2:148)".

2 comments: