Sunday, August 30, 2009

PEMBAZIRAN AMAT MERUGIKAN...

Salam...



Masa berlalu begitu pantas sekali. Hari ini merupakan hari ke-8, umat Islam berpuasa. Dalam melalui bulan penuh kerahmatan dan keberkatan ini, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga teman2 agar insaf dan memahami sepenuhnya tujuan dan pengajaran Allah mensyariatkan puasa dan mewajibkannya untuk kita.

Antara pengajaran dan peringatan itu adalah supaya tidak melakukan pembaziran dan boros dalam kehidupan kita. Pembaziran adalah perbuatan keji yang patut ditinggalkan oleh kita yang mengaku benar2 beriman dengan Islam.

Selalunya perbuatan ini, kita tidak dapat elak sewaktu kita di bazaar ramadhan dan juga di shopping mall. Saya sendiri tidak terlepas dari masalah ini setiap kali menjelang Ramadhan & Syawal. Yang pastinya pada tahun ini, saya dan suami sentiasa beringat2 sebelum membeli juadah untuk berbuka. Apa yang kami lakukan, kami rancang terlebih dahulu apa yang perlu dibeli supaya mengelakkan pembaziran pada wang dan juga makanan. Cukup sekadar 2 jenis kuih dan 1 jenis air yang macam-macam ada. Makanan berat seperti nasi serta lauk yang simple2 akan saya masak sendiri. Sounds like "kedekut", tapi itulah cara kami berjimat.

Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana. Meskipun belanja berlebihan hak golongan orang berada, pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai satu pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran.

Justeru, kita perlu sedar bahawa Ramadhan yang dilalui ini banyak mengajar kita agar sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja.

Oleh itu, alangkah baiknya jika kita membanteras amalan pemborosan dan pembaziran yang keji ini, dengan menggalakkan amalan kebajikan seperti bersedekah. Setiap bantuan yang diberikan, akan disediakan ganjaran dari Allah SWT.

Amin.


Dari Qaseh ABAH: "Dan bagi tiap2 umat ada arah (kiblat) yang masing2 menujunya; oleh itu berlumba2 lah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu. (Al-Baqarah 2:148)".

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Berpuasa

Salam...

Lama juga saya tidak update blog qasehabah. Last week Mama masuk Hospital disebabkan masalah kesihatannya, bukan H1N1 yer... 7 hari kami sekeluarga di kulim menjaga Mama dan sekaligus kami sambut Ramadhan di sana.
Di bulan yang mulia ini, mohon kemaafan di atas segala kesilapan saya terhadap Mama, keluarga, adik beradik, rakan2 dan sesiapa yang mengenali saya. Semoga kita meningkatkan ibadat dan banyak membuat amal jariah di bulan ramadhan ini.

Selamat Berpuasa!


Dari Qaseh Abah: "Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi".

Sunday, August 2, 2009

DIMANAKAH DEMOKRASI KITA SEBENARNYA?

Salam...

Tidak pernah terlintas di hati saya untuk menulis tentang isu politik di dalam Blog Qaseh ABAH...Tetapi pada tanggal 1 Ogos 2009...perasaan geram dan marah pada pihak yang salah menggunakan kuasa mereka pada Rakyat Malaysia yang kononnya "rakyat didahulukan" telah memaksa saya untuk menulis tentang isu ini...

Rakyat hanya berhimpun dan berarak secara aman menuju ke Istana Negara bagi penyerahan memorundum untuk menyampaikan hasrat rakyat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), secepat mungkin. Hak untuk berhimpun secara ramai adalah hak asasi rakyat. Dimanakah hilangnya hak ini?

Perhimpunan ini melibatkan pelbagai agama dan kaum, kanak2, warga emas dan seluruh rakyat yang peka dengan pergolakan isu2 penindasan dari manusia2 yang berkuasa besar tetapi tidak menjalankan amanat dengan betul.

Rakyat tidak membawa senjata dan hanya mahu berhimpun untuk sama2 menyerahkan memorundum secara aman. Perhimpunan besar ini adalah untuk menunjukkan kesungguhan rakyat untuk membebaskan ISA terus di negara kita. Agak kelakar sekiranya penyerahan memorundum hanya melibatkan kumpulan kecil seperti yang dilakukan oleh kumpulan anak2 semut merah yang sokongkan ISA...Adakah itu di katakan suara majoriti? Bak kata Nabil..."Lu pikir la sendiri!"

Memandangkan negara kita merupakan negara demokrasi, suara Rakyat harus diutamakan. Seperti kata PM kita, 1 M'sia...Rakyat didahulukan! Rakyat didahulukan! Rakyat didahulukan! Tetapi kenapa pula hak rakyat di tentukan oleh pihak polis yang angkuh dan sombong? Dengan kuasa yang sedikit, mereka merebahkan hak rakyat dengan sekatan jalan raya ke Istana Negara dan menyembur pemedih mata dengan tekanan air yang tinggi. Saya simpati juga melihat FRU, polis2 yang bertungkus lumus menghalang dan berlakon sebagai gangster...mungkinkah juga mereka tidak tahu yang ahli keluarga mereka juga di dalam perhimpunan itu...ishk!ishk!ishk!kerja harus diteruskan.Sekatan jalan perlu diketatkan supaya hak rakyat terus mati...Mereka silap dan terimalah kemenangan rakyat Malaysia yang menang tanpa senjata! Allah SWT sentiasa membantu dan berpihak pada mereka yang benar.

Apapun saya sokong 100% ISA dihentikan. Itu hak saya!!! Tahniah buat semua yang turun padang!

Saksikan gambar2 eksklusif 1 Ogos 2009 (Perhimpunan Anti-ISA)

Gambar dari The Associated Press

Tajuk lagu: Aku yang gagah!

Rakyat lari bertaburan

Semangat juang yang kental

Tidak wajar berlaku di M'sia

Gambar dari harakahdaily.net
Semburan untuk menakutkan rakyat

6 lawan 1...ada berani?

Kata mereka; "Kalau ISA takde susah juga hidup kita...sebelum kita disungkur, baik sungkurkan mereka...hahahaha!!! KATANYA........
Dari Qaseh ABAH: "Jalankanlah amanat yang diberikan dengan adil dan bijaksana, bertaubatlah...sesungguhnya Allah SWT sentiasa mengampunkan ummatNya...Amin".