Wednesday, November 4, 2009

My day with PAPADOM...

Salam...
Hari ini saya luangkan masa saya berehat bersama PAPADOM. Sebuah filem arahan Afdlin Shauki yang mengisahkan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. Segala tindakan, peranan dan kasih sayang seorang bapa yang ditunjukkan oleh En.Saadom kepada anaknya, Mia menarik perhatian saya mengimbas kembali memori terindah bersama arwah ABAH. Ada juga babak yang membuatkan saya mengalir air mata tanpa di sedari....
Pemergian ABAH pada tahun lepas masih jelas di ingatan saya. Kini, saya kehilangan seorang yang sentiasa bersama saya waktu suka dan duka...teman berborak...teman yang selalu berkongsi idea tentang home deco...dan paling penting teman menyimpan rahsia. Boleh dikatakan hari2 kami berhubung di telefon memandangkan saya tinggal di KL dan arwah ABAH di Kulim. Kini, segalanya hilang...hilang buat selamanya.

Gambar kenangan Hari Raya (2005) di rumah aunty

Abah sukakan perhatian dari anak2

I miss you ABAH

Gambar kenangan di rumah makngah


Bagi yang masih mempunyai ABAH, PAPA, AYAH atau BAPA...hargailah setiap tunjuk ajar, teguran, kasih sayang mereka kerana peranan seorang bapa sangat besar dan berat dalam sebuah keluarga. Mungkin kasih sayang seorang bapa tidak dapat kita lihat dari kata-kata, tetapi melalui tindakan serta sikap ambil berat mereka cukup untuk kita bersyukur kerana mempunyai seorang bapa yang sangat sempurna.
Sewaktu di Universiti, teman2 selalu memerli yang saya adalah"anak bapak". Hmm mungkin mereka tidak dapat apa yang saya dapat melalui seorang ABAH. Lebih kurang macam cerita PAPADOM, dimana En. Dom sanggup kerja dan tinggal dalam kampus anaknya, Mia
bagi memerhatikan gerak geri anaknya dari jauh. Tetapi arwah ABAH saya sedikit berbeza...
hari2 ABAH akan call dan tanya...dah makan ke belum, macamana dgn study etc...that's why teman2 selalu ejek bila ABAH telefon. Hmm...ingatkan BF!
Dari qaseh ABAH: "Walaupun kita jumpa orang yang menyayangi kita, belum tentu sayangnya 100% seperti ABAH. Semoga ABAH bersama orang2 yang soleh dan dikasihi ALLAH SWT."

Q-dees Concert 2009

Salam...
Pada hujung tahun, kebanyakkan tadika dan sekolah akan mengadakan hari penghargaan untuk setiap pelajar2. Contohnya graduation day, concert, hari penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang dan sebagainya. Pada 30hb Oktober 2009, pihak Q-dees telah mengadakan graduation day untuk pelajar berusia 6 tahun dan concert day untuk semua pelajar dari 3 - 6 tahun.
Anak saya, Nur Batrisya Wafa tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam 2 persembahan. Excited betul batrisya pada hari itu...guru2 q-dees mohon jasa baik mummy pelajar2 untuk make-up anak2 sebelum hantar ke sekolah pada petang sabtu lalu...setiap pelajar akan berangkat ke Putrajaya bersama rakan2 dan guru mereka pada jam 4 petang. Ibubapa perlu berada di Auditorium Cempaka, Putrajaya pada jam 8 malam.

Kelihatan semua ibubapa teruja untuk melihat persembahan anak masing2. Kepercayaan 100%diberikan kepada tenaga pengajar mengendalikan persembahan pelajar2. Ibubapa tidak dibenarkan naik ke stage walaupun anak2 mereka beraksi spontan atau luar jangkaan sewaktu di atas stage. Macam2 gelagat yang disaksikan...ada yang menangis, ada yang tidak mahu perform dan sebagainya.


Cantik tak Ummi make-up saya?

Sempat pose lagi sewaktu dalam perjalanan ke sekolah

Yeahhhh...kita enjoy!!!

Muka2 teruja menantikan persembahan Batrisya

Comelnya...anak sapa nie?

Persembahan dari pelajar 4 tahun

Tak sangka pandai gelek rupanya

Tarian dan nyanyian mandarin

Batrisya menunjukkan bakat bertutur dalam bahasa Inggeris

Nyanyian beramai2, pelajar 3 - 6 thn

Mcm2 gelagat ada...

Persembahan pelajar 3 tahun

Persembahan pelajar 6 tahun

Persembahan pelajar 6 tahun

Persembahan pelajar 5 tahun

Persembahan pelajar 5 tahun

Dari Qaseh ABAH: "Congratulations to all Q-dees students"


Panggilan AGONG...

Salam...

Tanggal 24hb October 2009 adalah hari bermakna buat En.Zakaria dan Pn. Latifah kerana akhirnya mereka dapat menunaikan haji di Tanah Suci Mekkah. Alhamdulillah....
Ahli keluarga dari kulim turut serta berkongsi hari kegembiraan ini bersama. Walaupun sedih untuk berpisah dengan keluarga, namun kelihatan perasaan gembira dan teruja di raut wajah pakcik dan makcik saya. Pasti kita semua akan merasai perasaan ini apabila hajat kita sebagai hambaNya tercapai.

Tahniah buat Pakcik dan Makcik, semoga mendapat Haji Mabrur, Insyaallah. Amin...


Chik Pah yang kelihatan ayu dgn serba putih
Pakcik Z (kopiah putih) berpelukan dgn jirannya

Cik Pah bersama ahli keluarga Pakcik Z

Ahli keluarga dari Kulim...ramainya...

Sepupu2 saya

Penantian yang mendebarkan

Dari Qaseh ABAH:"Bila pula giliran saya dan suami?...Insyaallah...1 hari yang pasti akan tiba..