Wednesday, November 4, 2009

My day with PAPADOM...

Salam...
Hari ini saya luangkan masa saya berehat bersama PAPADOM. Sebuah filem arahan Afdlin Shauki yang mengisahkan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. Segala tindakan, peranan dan kasih sayang seorang bapa yang ditunjukkan oleh En.Saadom kepada anaknya, Mia menarik perhatian saya mengimbas kembali memori terindah bersama arwah ABAH. Ada juga babak yang membuatkan saya mengalir air mata tanpa di sedari....
Pemergian ABAH pada tahun lepas masih jelas di ingatan saya. Kini, saya kehilangan seorang yang sentiasa bersama saya waktu suka dan duka...teman berborak...teman yang selalu berkongsi idea tentang home deco...dan paling penting teman menyimpan rahsia. Boleh dikatakan hari2 kami berhubung di telefon memandangkan saya tinggal di KL dan arwah ABAH di Kulim. Kini, segalanya hilang...hilang buat selamanya.

Gambar kenangan Hari Raya (2005) di rumah aunty

Abah sukakan perhatian dari anak2

I miss you ABAH

Gambar kenangan di rumah makngah


Bagi yang masih mempunyai ABAH, PAPA, AYAH atau BAPA...hargailah setiap tunjuk ajar, teguran, kasih sayang mereka kerana peranan seorang bapa sangat besar dan berat dalam sebuah keluarga. Mungkin kasih sayang seorang bapa tidak dapat kita lihat dari kata-kata, tetapi melalui tindakan serta sikap ambil berat mereka cukup untuk kita bersyukur kerana mempunyai seorang bapa yang sangat sempurna.
Sewaktu di Universiti, teman2 selalu memerli yang saya adalah"anak bapak". Hmm mungkin mereka tidak dapat apa yang saya dapat melalui seorang ABAH. Lebih kurang macam cerita PAPADOM, dimana En. Dom sanggup kerja dan tinggal dalam kampus anaknya, Mia
bagi memerhatikan gerak geri anaknya dari jauh. Tetapi arwah ABAH saya sedikit berbeza...
hari2 ABAH akan call dan tanya...dah makan ke belum, macamana dgn study etc...that's why teman2 selalu ejek bila ABAH telefon. Hmm...ingatkan BF!
Dari qaseh ABAH: "Walaupun kita jumpa orang yang menyayangi kita, belum tentu sayangnya 100% seperti ABAH. Semoga ABAH bersama orang2 yang soleh dan dikasihi ALLAH SWT."

3 comments:

  1. alar sedihnya kak lily..teringat lak kat uncle..huhuhuhu...walaupun uncle nampak garang tapi dia seorang yg kelakar..kita bole becerita apa shaja dgn dia,dia pasti kan mendengar...

    ReplyDelete
  2. absolutely liyana...

    gi layan sorang2 kt jusco cheras slatan

    ReplyDelete