Wednesday, December 9, 2009

Penghujung 20-an

Salam...

Tanggal 7hb dec 2009, genap usia saya yang ke-29. Masa berlalu begitu cepat sekali. Tahun ini adalah tahun terakhir umur saya pangkal 2 dihadapan...
Sedih, terharu, gembira...perasaan ini menghantui jiwa dan minda...hmm mungkinkah banyak perkara yang di rancang masih belum tercapai? mungkin juga dan mungkin tidak...

Apa yang penting...saya akan memperbaiki segala kelemahan yang mungkin disedari atau tidak disedari. Tanggungjawab yang berat sebagai seorang isteri, ibu, anak sulung dan kakak sulung akan saya utamakan. Asam garam kehidupan, jatuh dan bangun telah sama2 saya lalui bersama suami tercinta...urusan perniagaan, urusan kehidupan sekeluarga, masa depan anak2-pendidikan mereka dll.

Di usia yang baru ini...harapan saya lebih kepada keselesaan keluarga dan pendidikan anak2. Perancangan untuk tahun hadapan telah dibuat bersama suami...saya berharap dan sentiasa berdoa agar segala yang dirancang akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Amin.

Dari Qaseh ABAH: "Dalam kehidupan perlu ada target kerana ianya akan menjadi panduan untuk sentiasa di landasan yang tepat".
*Terima kasih buat suami di atas sambutan majlis ulangtahun yang bermakna buat saya".

1 comment: