Saturday, May 30, 2009

CRYSTAL QASEH

Salam...

http://crystalqaseh.blogspot.com/

CryStaL QASEH
Untuk makluman semua, design crystal seperti di bawah adalah terhad...oleh itu dapatkan SEGERA!!!! Harga adalah tertakluk pada saiz crystal dan juga design setiap gelang tangan.


Design A: RM50 ONLY


A1: RM50 (SOLD)

A2: RM50 (SOLD)


Design B: RM40 ONLY

B1: RM40 (SOLD)

B2: RM40 (SOLD)

B3: RM40 (SOLD)

B4: RM40 (SOLD)

B5: RM40 (SOLD)

B6: RM40 (SOLD)

B7: RM40 (SOLD)

B8: RM40 (SOLD)
B9: RM40 (SOLD)
B10: RM40 (SOLD)

B11: RM40 (SOLD)

B12: RM40 (SOLD)
B13: RM40 (SOLD)
B14: RM40 (SOLD)
B15: RM40 (SOLD)
B16: RM40 (SOLD)
Design C: RM30 ONLY


C1: RM30 (SOLD)

C2: RM30 (SOLD)

C3: RM30 (SOLD)

C4: RM30 (SOLD)

C5: RM30 (SOLD)

C6: RM30 (SOLD)

C7: RM30 (SOLD)

C8: RM30 (SOLD)

C9: RM30 (SOLD)

C10: RM30 (SOLD)

Untuk tempahan, sila hubungi saya di talian 019-349 9214

Pembayaran boleh di buat ke akaun MAYBANK: WAN FATAHHIYAH REMLI / No. Akaun: 1640 7050 4090

Penghantaran pos adalah PERCUMA bagi setiap 2 pembelian ke atas dan RM5 akan dikenakan bagi setiap 1 pembelian sahaja.

Dari Qaseh ABAH: Ramai yang kata..."nape murah sangat?"...jawapan saya..."yang penting anda berpuas hati". Thank you to all my network @ KL, pahang, penang & sabah...rezeki ini kita kongsi bersama...chaiyok!!!

Tuesday, May 26, 2009

I love my MAMA


Salam...

Walaupun sambutan "Mother's Day" sudah berlalu, saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di Malaysia. Saya percaya Hari Ibu perlu
diraikan setiap hari bagi sentiasa mengingati kasih sayang dan pengorbanan seorang yang bergelar IBU.



Pada bulan lepas, suami dan adik beradik telah menyediakan jamuan ringkas untuk meraikan hari ibu. Adik bongsu saya, Zaki telah membeli kek khas buat Mama dan Amma. Amma berbangsa india, adalah ibu kedua buat adik bongsu saya. Tidak lupa suami tersayang juga menyediakan kek khas buat saya dan mama. Apa lagi kalau bukan kek coklat kegemaran saya.

Semua adik beradik meraikan hari ibu bersama kecuali adik lelaki saya, Yusuff yang tidak berkesempatan untuk pulang di atas tugasan kerja yang tidak dapat dielakkan. Semoga tahun depan kita dapat raikan bersama.

Mama agak sedih pada hari tersebut mengenangkan tahun ini adalah tahun pertama hari ibu di sambut tanpa suami tercinta. Abah telah meninggal dunia pada 23/06/2008. Hanya Allah saja yang tahu perasaan seorang isteri yang kehilangan suaminya dan anak-anak juga merasai pemergian seorang abah yang sangat kami kagumi dan sayangi. Apapun, kami redha dan pasrah di atas pemergian abah tercinta. Jasamu sentiasa dikenang dan tersemat di hati.

Tidak lupa juga selamat hari ibu buat ibu mertua saya yang berada di Cheras. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Suapan buat mama tersayang

Pengorbanan seorang ibu amat tinggi nilainya & tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Pengorbanan selama 9 bulan dan kesakitan untuk melahirkan satu nyawa amat memberi erti buat semua ibu. Pengalaman ini telah saya lalui dan banyak mengajar saya tentang kemuliaan dan pengorbanan seorang ibu. Alhamdulillah, kini saya dikurniakan 2 puteri iaitu Nur Batrisya Wafa (4 tahun) dan Nur Basyira Wafa (2 tahun). Terima kasih buat suami di atas bimbingan yang diberikan.
















Batrisya & Basyira

Aty & Mama

Aly & Mama

Zaki & Mama

Zaki & Amma



Dari Qaseh ABAH: Sayangilah ibubapa kerana restu mereka hingga ke hujung nyawa.

Wanita Dan Perniagaan

Salam...

Website wanitamelayu.com telah menarik minat saya untuk memulakan entri dengan isu wanita dan perniagaan. Saya amat kagum dengan kejayaan wanita masa kini di dalam perniagaan kerana mereka datang dengan idea serta produk baru yang mengikut trend masa kini.

Kini kelayakan akademik bukanlah syarat mutlak untuk menjamin kejayaan seseorang dalam apa jua bidang kerjaya yang diceburi. Sebaliknya, mereka yang berkemahiran dalam apa bidang sekali pun, lebih mudah untuk 'cari makan'.

Wanita masa kini sudah mula keluar dari kepompong perwatakan tradisional terutamanya suri rumah. Mereka menggunakan kemahiran yang ada untuk menceburi dunia perniagaan. Pada asalnya, minat yang di lihat sebagai hobi atau 'suka-suka', kini bertukar menjadi 'lombong emas'. Perkembangan ini, telah membuka ruang kepada wanita dari orang 'biasa' kepada 'luar biasa' kerana mereka ini memegang portfolio yang hebat sebagai isteri, ibu dan usahawan yang berjaya.
Walaupun saya dan suami mempunyai syarikat sendiri dalam bidang 'Training & Development', namun tidak menghalang minat serta impian saya untuk menceburi bidang perniagaan lain. Perniagaan yang saya maksudkan adalah pakaian dan barang perhiasan wanita. Masih banyak yang perlu saya pelajari dalam selok belok permulaan perniagaan ini iaitu dari segi mendapatkan stok,lokasi,strategi pemasaran dan lain-lain.

Apa yang penting, minat dan kecenderungan yang semula jadi perlu ada apabila ingin memulakan perniagaan. Tanpa minat dan kecenderungan ini, sudah tentu apa yang dilakukan nanti tidak sampai ke tahap yang dikehendaki. Oleh itu, pastikan ia wujud di hati kita.

Saya sedang memilih mutiara sabah untuk dijadikan gelang tangan

Antara makanan tradisional yang dijual di Sabah. Kuih cincin menjadi pilihan utama.







Dari Qaseh ABAH: Tahniah buat semua wanita yang berjaya di luar sana!