Tuesday, May 26, 2009

Wanita Dan Perniagaan

Salam...

Website wanitamelayu.com telah menarik minat saya untuk memulakan entri dengan isu wanita dan perniagaan. Saya amat kagum dengan kejayaan wanita masa kini di dalam perniagaan kerana mereka datang dengan idea serta produk baru yang mengikut trend masa kini.

Kini kelayakan akademik bukanlah syarat mutlak untuk menjamin kejayaan seseorang dalam apa jua bidang kerjaya yang diceburi. Sebaliknya, mereka yang berkemahiran dalam apa bidang sekali pun, lebih mudah untuk 'cari makan'.

Wanita masa kini sudah mula keluar dari kepompong perwatakan tradisional terutamanya suri rumah. Mereka menggunakan kemahiran yang ada untuk menceburi dunia perniagaan. Pada asalnya, minat yang di lihat sebagai hobi atau 'suka-suka', kini bertukar menjadi 'lombong emas'. Perkembangan ini, telah membuka ruang kepada wanita dari orang 'biasa' kepada 'luar biasa' kerana mereka ini memegang portfolio yang hebat sebagai isteri, ibu dan usahawan yang berjaya.
Walaupun saya dan suami mempunyai syarikat sendiri dalam bidang 'Training & Development', namun tidak menghalang minat serta impian saya untuk menceburi bidang perniagaan lain. Perniagaan yang saya maksudkan adalah pakaian dan barang perhiasan wanita. Masih banyak yang perlu saya pelajari dalam selok belok permulaan perniagaan ini iaitu dari segi mendapatkan stok,lokasi,strategi pemasaran dan lain-lain.

Apa yang penting, minat dan kecenderungan yang semula jadi perlu ada apabila ingin memulakan perniagaan. Tanpa minat dan kecenderungan ini, sudah tentu apa yang dilakukan nanti tidak sampai ke tahap yang dikehendaki. Oleh itu, pastikan ia wujud di hati kita.

Saya sedang memilih mutiara sabah untuk dijadikan gelang tangan

Antara makanan tradisional yang dijual di Sabah. Kuih cincin menjadi pilihan utama.







Dari Qaseh ABAH: Tahniah buat semua wanita yang berjaya di luar sana!

3 comments: