Tuesday, May 26, 2009

I love my MAMA


Salam...

Walaupun sambutan "Mother's Day" sudah berlalu, saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di Malaysia. Saya percaya Hari Ibu perlu
diraikan setiap hari bagi sentiasa mengingati kasih sayang dan pengorbanan seorang yang bergelar IBU.



Pada bulan lepas, suami dan adik beradik telah menyediakan jamuan ringkas untuk meraikan hari ibu. Adik bongsu saya, Zaki telah membeli kek khas buat Mama dan Amma. Amma berbangsa india, adalah ibu kedua buat adik bongsu saya. Tidak lupa suami tersayang juga menyediakan kek khas buat saya dan mama. Apa lagi kalau bukan kek coklat kegemaran saya.

Semua adik beradik meraikan hari ibu bersama kecuali adik lelaki saya, Yusuff yang tidak berkesempatan untuk pulang di atas tugasan kerja yang tidak dapat dielakkan. Semoga tahun depan kita dapat raikan bersama.

Mama agak sedih pada hari tersebut mengenangkan tahun ini adalah tahun pertama hari ibu di sambut tanpa suami tercinta. Abah telah meninggal dunia pada 23/06/2008. Hanya Allah saja yang tahu perasaan seorang isteri yang kehilangan suaminya dan anak-anak juga merasai pemergian seorang abah yang sangat kami kagumi dan sayangi. Apapun, kami redha dan pasrah di atas pemergian abah tercinta. Jasamu sentiasa dikenang dan tersemat di hati.

Tidak lupa juga selamat hari ibu buat ibu mertua saya yang berada di Cheras. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Suapan buat mama tersayang

Pengorbanan seorang ibu amat tinggi nilainya & tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Pengorbanan selama 9 bulan dan kesakitan untuk melahirkan satu nyawa amat memberi erti buat semua ibu. Pengalaman ini telah saya lalui dan banyak mengajar saya tentang kemuliaan dan pengorbanan seorang ibu. Alhamdulillah, kini saya dikurniakan 2 puteri iaitu Nur Batrisya Wafa (4 tahun) dan Nur Basyira Wafa (2 tahun). Terima kasih buat suami di atas bimbingan yang diberikan.
















Batrisya & Basyira

Aty & Mama

Aly & Mama

Zaki & Mama

Zaki & Amma



Dari Qaseh ABAH: Sayangilah ibubapa kerana restu mereka hingga ke hujung nyawa.

3 comments:

  1. Kasih ibu membawa kesyurga
    Terimakasih ibu pada anak - anak saya

    ReplyDelete
  2. hai...

    ibu la segalanyer buat kita kan. nanti singgah yek umah aida...

    http://adianiez.blogspot.com/

    aida da link qaseh dr sana...

    ReplyDelete
  3. yes aida...ibu adalah segalanya.bila kita dah jadi seorg ibu,then kita faham erti sebenar pengorbanan ibu kita..

    ReplyDelete