Sunday, October 25, 2009

Al-Fatihah

Salam...

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Salam Takziah buat keluarga Abg Saad (Abg Long) di atas pemergian isteri tercinta. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi jumaat (23.10.2009) disamping suami dan anak2nya. Arwah merupakan kakak sulung kepada suami saya dan juga antara insan yang sangat dihormati di dalam keluarga. Sikap prihatin seorang isteri, ibu, kakak, anak dan insan biasa membuatkan arwah sentiasa disenangi dan dikasihi. Walaupun saya hanya adik ipar kepada arwah, tetapi pemergiannya amat saya rasai kerana bagi saya peranan Kak Long bukan sekadar kakak ipar buat saya malah lebih dari itu.

Memori bersama arwah masih lagi jelas di minda saya. Terima kasih Kak Long di atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Kak Long dan Abg Long adalah contoh terbaik buat saya dan suami dalam melayari kehidupan rumahtangga. Setiap yang hidup pasti akan kembali pada tempat asalnya. Walaupun sukar untuk hati kita menerima, segala yang berlaku adalah ketentuan Illahi. Perasaan sedih yang dilalui keluarga Abg Long ketika ini, amat saya fahami kerana saya telah melaluinya pada tahun 2008 sewaktu pemergian Abah tercinta. Memang sukar untuk kita hadapi tetapi kita tetap kena redha di atas segala yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Sehari sebelum Kak Long menghembuskan nafas terakhirnya

Gambar kenangan bersama Kak Long sewaktu majlis pertunangan saya

Sewaktu majlis perkahwinan Aizam di Perak
Majlis bersanding Aizam di Cheras
Abg Long: Seorang suami dan bapa mithali
Majlis Tahlil diadakan di rumah Abg Long di Flat Sri Sabah pada malam berikutnya. Majlis berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh kaum keluarga dan jiran tetangga. Alhamdulillah...

Kak Izan sedang perhatikan kerenah Basyira

Abg Long bersama cucu dan anak sedaranya...

Aizam, pakar memasak persis Ibunya

Cucu2 saya, Anas & Nisa bersama Aunty Batrisya & Basyira
Selamat tinggal Kak Long...Semoga Kak Long ditempatkan bersama orang yang dikasihi oleh Allah SWT dan kami semua akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Kak Long di sana. Amin
Dari Qaseh ABAH: "Buat Abg Long dan anak2, tabahkan hati dan pasrah dengan apa yang berlaku. Segalanya adalah suratan takdir dari Maha Esa."

No comments:

Post a Comment