Monday, October 12, 2009

Raya ke-2 & ke-3...Di Pulau Pinang

Salam...

Sambungan dari cerita "Raya Lagi".....
Selepas beraya di kulim pada Hari Raya pertama, keesokkannya kami sekeluarga bercuti di Pulau Mutiara. Rancangan asal ingin bercuti di Pulau Langkawi, tetapi memandangkan fully booked...suami saya tukar plan untuk bercuti di Penang. Dah lama tak bercuti bersama family di tepi pantai. Sebelum menuju ke destinasi, kami sekeluarga singgah di rumah kakak Liza untuk beraya. Selepas makan dan solat zohor, kami terus berangkat ke apartment yang telah di booking. Kakak Liza dan anak2nya pun turut serta. Lagi ramai...lagi best! Keriangan anak2 saya memang jelas kelihatan setibanya di sana.

Jom main bola...


Batrisya & Basyira susah nak berenggang dengan uncle Aly & uncle Zaki


aktiviti keluar peluh...

Dating ngan kuda tepi laut

Semuanyer tak lepas peluang tunggang kuda kecuali mama, suami saya dan kak liza...Maybe takut kot hehe..Puas laaa anak2 saya mandi laut..bina istana pasir dan bermain bola. Nasib baik tak sun burn sebab waktu kitaorg mandi di pantai pun dah lewat petang...agak redup time tue. Best sangat!!!

Eerrrkkk...Aly takut laa

Syoknya raya!!!

Azlan & Afiq...Anak2 teruna kakak Liza

Mcm PRO la adeq...

Kakak Liza & Mama

Mesti kuda tue rimas...asyik kena posing jer

Tujuan raya di penang ni bukan apa, mudahkan perjalanan untuk beraya di rumah saudara mara mama yang kebanyakkannya tinggal di Penang. Esoknya kami sekeluarga raya di Penang sampai pengsan. Hmmm, malam raya ke-2 tue, kami semua jalan2 di gerai yang disediakan. Macam2 ada...dah macam down town di KL. Apa yang pasti, pelancong2 yang bercuti di Pulau Mutiara tidak melepaskan peluang untuk shopping di situ...Suasana di sebelah malam amat sibuk skali, dengan kenderaan dan orang2 yang sibuk dengan aktiviti masing2. Pulau Pinang memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap2 yang sukar di dapati di tempat lain. Tapi awas...kalau salah pilih tempat, memang kena cekik darah habis...

Apartment we all berhadapan dengan Hard Rock Hotel

Hard Rock Hotel yang baru launch 2 hari...

Next time kita stay kat sini plak

Beraya di rumah Nana Ba

4 org ni macam biase laaa...

Atas Ferry

Di rumah Kak Norain

Beraya di rumah kak Norain merupakan destinasi terakhir beraya di Penang sebelum balik ke Kulim. Banyak lagi rumah yang we all pergi beraya cuma gambar jer tak ambil...Penat jugalaa beraya 2 hari di Penang, yang pastinya we all semua enjoy!!!

Nie crite lagi menarik...pada raya ke-5 (if tak silap), Pak Long menjemput kami sekeluarga ke rumahnya untuk majlis tunang anaknya, Norazah. Saya dan mama jer yang dapat hadir sebab Mohsen sakit mulut. Jadi, suami saya dan anak2 stay di rumah je. Ramai sedara yang pulang bagi memeriahkan majlis itu termasuk abg zam, cousin saya...iaitu abg kepada Norazah. Hmmm...bawa balik artis lagi...Ery Putra...Sure u all kenal punya, antara pelakon yang namanya agak meletop!

Malam tue, ada jamuan makan malam di Kampung Keladi...Menu: Mee Kuah...Saya belikan ice-cream untuk semua org sebagai pencuci mulut. Saya dan suami tak lama di situ sebab kami ada plan lain. Saya dah plan nak main bowling pada awalnya dgn adik2 tapi diaorg pulak ada hal dengan kawan2. So, saya pun pancing abg zam untuk main bowling bersama. Rupanya dia pun memang plan nak main Bowling...Dengan 1 kereta, we all menuju ke Pacific Mall.

Lama tak main nie...

Ery Putra...Dah macam adik kandung Abg Zam

Suami saya pun lepas gian jugak

Ada gaya tak?

My cousin, Abg Zam...PRO habis!

Habis jer main bowling, we all gi makan di Nasi Kandar Kayu Original di Penang...Terima Kasih to Ery coz belanja makan. Settle je makan...kami semua berangkat pulang...Walaupun capek bangat, tapi kami semua enjoy.

Dari QasehABAH: "Bila dapat peluang untuk habiskan masa bersama keluarga, gunakanlah sebaiknya..."

2 comments:

  1. best tul u all beraya kan..tak da pun ajak liyana...huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. best...next time kita holiday sama k

    ReplyDelete