Tuesday, July 21, 2009

Congratulations!!!...ATY & ZEE

Salam...

Tahniah! buat Aty & Zee...Alhamdulillah, majlis pertunangan kalian berdua sukses...
Tarikh 18 Julai 2009 merupakan tarikh bersejarah buat my lovely sister, aty yang akhirnya ikatan persahabatan menjadi ikatan pertunangan..
Majlis berlangsung di rumah Mama dgn bertemakan warna Coklat keemasan. Pihak keluarga lelaki bertemakan hitam dan putih mcm tema waktu tunang Chot pulak...Memang class habis!!!
Hantaran pihak keluarga saya 7 dibalas dengan 5 hantaran dari keluarga pihak lelaki.
Terima Kasih buat semua uncle, aunty, cousin dan jiran2 yang banyak membantu...Insyaallah next year akan ada 3 pasangan pengantin yang akan naik serentak...(Aty,Yusuff & Fadzly)
Jika Arwah Abah masih ada...pasti abah laa orang paling gembira...dapat 3 menantu serentak...
Semoga Arwah Abah bersama orang yang beriman. Amin....

Saksikan gambar2 exclusive di majlis pertunangan ATY & ZEE

Aty
Sempat berposing sebelum majlis bermula

Mcm gambar poskad tak?

Bersama anak buahnya, Basyira

Hantaran yang dihasilkan oleh saya sendiri...di bantu oleh Kak Liza dn Aty...First time buat sireh junjung...last minute kawan mama tak dapat buat..hehehe terpaksalaa saya, kak liza dan aty tido lewat siapkan sireh junjung nie...

Sireh Junjung

Coklat

Kain pasang buat Zee

Manisan (Jelly)
Set Estebel

Towel

Kek Coklat
Ketibaan keluarga Zee dengan hantaran bertemakan hitam & putih. Terima Kasih dari pihak kami buat family Zee. Semoga ikatan ini di berkati Allah SWT.

Mama sedang menyambut kedatangan keluarga Zee

Keluarga Zee

Papa Zee (Baju Batik Hitam) & Uncle Zee

Terima Kasih tidak terhingga buat suami saya, Mohsen Amdan yang merupakan orang kuat buat keluarga saya di hari bersejarah ini...

Cincin pertunangan disarungkan oleh nenek Zee

Family Zee

Jom makan!!!
Ini lah bakal adeq ipar saya, Zee...Semoga Zee dan Aty berjaya dalam hidup dan sentiasa muhasabah diri kalian berdua. Kak Lily dan Abg Mohsen akan support u all dari belakang...

Glamour...dah mcm artis

Sehati & Sejiwa

Aty & adeq Zee, Faez

Kita pulak kena duduk bawah...hehehe

Bakal2 usahawan muda yg BERJAYA!

Bersanding laa pulak!

Steady mama...

Org2 penting yg banyak membantu..TQ

Yusuff (Chot) dan tunangnya, Zana

Fadzly (Aly) dan tunangnya, Siti
Gambar adeq jer takder waktu majlis tunang aty...hmmm...sibuk ambil gambar org lain, gambar sendiri pulak takde...
Majlis selesai jam 5pm...Pada malamnya, selepas solat isyak, we all plan nak gi makan2. Hasrat di hati ingin menjemput family Zee skali. Tapi kami diberitahu yang family Zee dah kuar jalan2 cari makan di Giant...Jadi, tak dapat la nak kuar sama...
Saya, suami, adeq zaki, aty, zee, chot, zana dan cousin zee jer yg dapat gi Penang. Naik Ferry malam2 best jugak...sempat jgk laa bergambar di atas ferry...
Suami saya bawa we all semua pekena "Sup Hameed" yang sangat terkenal di P.Pinang...Semua makan sehingga menjilat jari...Sup ayam/daging bersama roti yg disediakan khas oleh pak hameed...nyam!nyam!

Adeq kesayangan ku....Zaki

Sempat posing di kedai "Sup Hameed"

Peace no war!


Aik Chot!!dah ngantuk ker???

Sekali lagi ucapan terima kasih buat keluarga Zee yang sanggup turun dari KL ke Kulim...Terima kasih buat semua yang banyak membantu bagi menjayakan majlis ini. Semoga semuanya gembira dengan ikatan keluarga ini.

Dari QasehABAH:" Tahniah Aty & Zee! Jadi anak yang baik dan sentiasa utamakan keluarga".

2 comments: