Wednesday, July 1, 2009

Akhirnya...TAHNIAH Chot & Zana

Salam...

Tanggal 27hb Jun 2009 merupakan tarikh istimewa buat adindaku, Yusuff (Chot) bersama tunangnya, Zana...Tahniah buat kalian berdua...

Sewaktu menulis entri kali ini, saya dan suami di Berjaya Georgetown Hotel, Pulau Pinang mengendalikan Kursus "Outreach/Promotion Strategy For Life Long Learning" untuk pensyarah2 Politeknik dan Kolej Komuniti. Walaupun penat di hari pertunangan Chot belum hilang...kerja tetap diteruskan.

Majlis pertunangan berlangsung di rumah keluarga Zana di Mentakap, Pahang. Kami sekeluarga bertolak ke Pahang pada pagi tarikh yang sama memandangkan perjalanan ke Mentakap hanya mengambil masa 1 setgh jam sahaja. Konvoi bermula dari Cheras ke Tesco Ampang untuk menjemput Aty, Zee dan Hendra. Tepat jam 11 pagi kami bergerak dengan 3 buah kereta sahaja...keluarga terdekat,mama dan kami adik beradik.

Setibanya di Masjid Mentakap, kami berehat sambil menunggu masuk waktu zohor. Selepas solat, Chot memaklumkan yang keluarga angkatnya masih dalam perjalanan. Sempat juga kami ambil gambar di Masjid. Jam menunjukkan pukul 2 petang dan kelibat mereka masih belum muncul. Jadi kami terpaksa membuat keputusan untuk bergerak dulu ke rumah keluarga Zana...Jumpa di sana!!!!





Chot bersama anak buahnya, Basyira

Mama dan Hendra (cousin) rancak berborak

Ni laaa orang kuat pihak lelaki untuk masuk meminang....

Adeqku bersama anakku, Batrisya

Chot bersama sahabat baiknya, Man

Aly dan Basyira

Ini ler adeq bongsu kesayangan saya, Zaki

Aty dan Zee...hehehe time kitaorg plak nanti...18hb july 2009

Hero 1 Malaysia

Sempat lagi berposing di depan tangga masjid

My Life
Setibanya di rumah keluarga Zana...kedatangan kami di sambut dengan baik sekali...makcik2 zana menghulurkan tangan untuk membawa masuk hantaran2 kami...hehehe...tak sompet den nak buka kasut lagi, hantaran den dah kona kobeh....

Aty, Adeq dan Hendra



Asyik tersenyum jer...
Gambar di bawah adalah hantaran dari pihak keluarga saya yang dihasilkan oleh tangan saya sendiri... Penat jugak laa nak menyiapkan hantaran2 ini memandangkan jadual training yang padat dan masa yang terhad. Walau bagaimanapun...siap juga akhirnya hantaran adeq saya, Chot buat tunangnya, Zana.

Tepak Sireh sebagai pembuka bicara

Dua bentuk cincin...Cincin berlian & belah rotan

Sepasang baju kurung moden

Coklat sebagai pemanis mulut
Kek coklat...Secret Recipe

Product wanita : Estebel

Hantaran dari pihak perempuan

En.Mohsen sedang menjual pantunnya sehingga tidak terbeli oleh pihak sana...hehehe mungkin tergamam dengan ayat2 power suamiku itu...

Nape la masuk isu semasa plak nie???mungkin apa yg bermain di minda 3 teruna pingitan nie

Salam perjanjian...Alhamdulillah

Bakal adik iparku...Shazana

Mama sarungkan cincin merisik

Mama sarungkan cincin tunang

Semoga ikatan ini membawa ke jinjang pelamin

Tambah lagi adeq selapas nie...

kompius yang mana satu nak kena cium tgn...hehe yang pastinya cik aty lebih berusia dari bakal kakak iparnya...

Ayah Zana
Selepas selesai perjanjian dan majlis pertunangan...Kami sekeluarga di jemput makan. Masakan yang disediakan ala-ala masakan kampung dari Pahang. Sedap juga masakan orang Pahang nie.. Sedapnya sehingga menjilat jari.

Keluarga angkat Chot iaitu aunty berbaju hijau dan Uncle disebelahnya adalah ibubapa kepada Ina OIAM



Saya & Mama sedang mengambil lauk2 istimewa yang disediakan


Jom Makan!!!

Batrisya sibuk melayan uncle2 kesayangannya

Basyira suka sangat kacau uncle Zee...sabar je laa

Uncle Razak & Aunty Ani sedang menjamu selera dengan Hero2 1 Malaysia

Uncle Razak sedang berborak dengan uncle Zana
Selepas makan...sesi ambil gambar bersama orang yang kita raikan...Chot & Zana. Macam2 ragam dan gelagat yang kita saksikan. Usikan dan gurauan dari makcik2 keluarga Pahang. Macam2 ada...
Bila nak kahwin nie???

Sepadan & secocok...bagai pinang dibelah 2

Insyaallah next year...SAH!!!
Ucapan terima kasih buat suamiku, Mohsen Amdan kerana sukses menjalankan tanggungjawab yang berat bagi pihak keluarga saya. Terima kasih juga buat Uncle Razak dan isteri kerana sudi meluangkan masa ikut serta ke Pahang. Terima kasih juga buat sepupu saya, Hendra dan bakal adeq ipar saya, Zee. Buat mama...Tahniah kerana bakal menerima menantu baru. Tidak lupa juga terima kasih untuk adik2 saya yang banyak membantu menguruskan persiapan pertunangan Chot. Akhir sekali, terima kasih buat keluarga Zana di atas sambutan dan layanan yang baik.
Insyaallah, segala niat yang baik akan dipermudahkan dan dibantu oleh Allah SWT.
Dari QasehABAH: "Nampaknya tahun depan, mama bakal menerima 3 menantu. Tentu Arwah Abah gembira jika Arwah masih bersama kita...Semoga Arwah Abah di tempatkan bersama orang yang beriman...Amin"

Wednesday, June 24, 2009

SelaMat HaRi Bapa


Salam...

Selamat Hari Bapa kepada semua mereka yang bergelar BAPA...semoga anda adalah bapa yang menjadi kebanggaan anak-anak.

Terima kasih buat suami tercinta kerana menjadi bapa yang terbaik buat Batrisya & Basyira. Insyaallah, kita akan mendidik anak2 kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua2 orang tuanyalah yang menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi." (Bukhari)......Anak merupakan sebutir permata yang belum digilap. Ibubapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas menunjukkan, ibubapalah yang akan menentukan samaada anaknya menjadi ataupun tidak.





Anak2 lah yg akan sentiasa membahagiakan saya dan suami....

Terima kasih buat Arwah Abah kerana membesarkan saya dan adeq2 dengan cukup sempurna. Hari ini genap 1 tahun Abah meninggalkan Mama & kami adik beradik. Qaseh sayang abah sentiasa dalam ingatan. Abah adalah seorang bapa yang terbaik dan ikon untuk diri saya. Semoga Allah menempatkan Abah bersama org2 yang beriman. Amin...


Dari Qaseh ABAH: "Semoga semua yang bergelar bapa menjaga amanat yang dikurniakan oleh Allah dengan kasih sayang yang sempurna..."

Thursday, June 18, 2009

Lilcent @ PuLau PanGkoR

Salam...
Sewaktu menulis entri ini, Lilcent masih di Pulau Pangkor mengendalikan Kursus "Outreach/Promotion Strategy For Life Long Learning" untuk pensyarah2 Politeknik di Perak. Program ini berlangsung dari 16-19 Jun 2009 di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor dan esok merupakan hari terakhir program. Seramai 22 orang peserta yang mengikuti kursus ini. Banyak isu yang dibincangkan terutamanya strategi untuk mempromosikan Politeknik pada masyarakat. Masalah dalaman dan luaran juga dibincangkan terutamanya tanggapan orang awam terhadap kualiti pelajar2 di politeknik yang agak merosot, isu antara tenaga akademik dan pihak pengurusan juga di bangkitkan, kemudahan dan prasarana yang tidak diambil berat, serta objektif yang tersasar dari landasan awal.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat pihak pengurusan program, iaitu Pn. Asmahan dan Pn. Norlina kerana memberi kami peluang untuk mengendalikan program ini. Semoga kerjasama ini dapat di teruskan pada masa yang akan datang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pangkor mengambil masa selama 4 jam. Sempat juga kami lunch yang agak lewat di Old Town White Coffee di Teluk Intan. Selepas makan, kami terus gerak ke terminal jeti. Ini merupakan kali ke-3, Lilcent kendalikan program di Pangkor.
Udara yang nyaman mula dirasai setibanya di terminal jeti, Pulau Pangkor. Kami tiba di Puteri Bayu Beach Resort jam 5.30 ptg. Sempat juga rebahkan badan di atas katil yg agak empuk...rehat sekejap sebab malam nie dah start program.

Antara gambar2 peserta yang mengikuti program:



Program break jam 4.30 petang, dan peserta free untuk buat aktiviti sendiri sehingga jam 8 malam. Ada yang ambil peluang untuk pusing satu pulau, shopping dll. Saya dan suami hanya jalan2 di pantai berdekatan. Sempat juga ambil gambar2 yg menarik untuk koleksi peribadi.


Qaseh Abah was here
Rindunya Ummi pada Batrisya & Basyira

Udara yang nyaman...

Waktu senja di Pulau Pangkor

En.Mohsen dengan pose terhangat

Buai laju-laju...sekali mcm bawang merah bawang putih pulak

Lihatlah Dunia...

Tempat rehat saya & suami

Kalau Batrisya & Basyira ada sini, confirm dah terjun nie...

Antara kerusi rehat yang menarik minat saya

Cafe Puteri Bayu

Program mencapai objektif dan berjalan dengan lancar. Harapan yang tinggi untuk semua peserta berkongsi ilmu yang diperolehi dengan tenaga pengajar lain yang tidak berkesempatan mengikuti program ini. Peranan sebagai seorang pendidik sentiasa di sanjung tinggi, gunakanlah kepercayaan yang di berikan sebaik yang mungkin. Insyaallah....
Dari Qaseh ABAH: "Carilah Ilmu hingga ke hujung nyawa"...

Friday, June 12, 2009

JUN : Suka & Duka

Salam...

Jun.....Kenapa suka & duka????

SuKa kerana bulan jun adalah bulan anniversary saya dan suami, celebrate father's day bersama suami dan anak2, bulan jun juga adalah hari pertunangan adeq saya dan birthday anak saudara saya, Adlan, Afiq & Iera...DuKa kerana tidak lagi dapat celebrate hari bapa bersama abah tersayang dan bulan ini juga genap setahun pemergian arwah abah...Apapun saya redha dengan apa yang berlaku.

Semalam, suami saya tiba di kulim tepat jam 12.30 tghari...esok, kami akan berangkat pulang ke KL. Dah masuk 10 hari saya dan anak2 di Kulim. Cuti yang agak lama kerana menguruskan tempahan untuk pertunangan 2 org adeq saya, yusuff & aty.

Kami ada membuat tempahan kek coklat bagi meraikan majlis anniversary ke-5 dan juga bagi meraikan hari lahir anak saudara saya, 3 org serentak pada bulan yang sama. Walaupun majlis agak ringkas, tapi saya lihat semuanya happy....

Kebetulan sepupu saya, Kakak Liza datang ke rumah mama bersama anak2nya. Mereka baru habis bercuti di Perlis. Mungkin esok akan pulang semula ke Penang. Lagipun, Isnin ni anak2nya dah mula sekolah.


Keluarga Bahagia...

Gambar ramai2 sebelum upacara memotong kek

Hmmm...dah masuk 5 thn dah rupanya...alhamdulillah

Syukur kerana mendapat suami dan anak2 yang baik

2 kurniaan cahaya mata yang tidak akan dipersiakan

Adlan, Afiq dan Iera memotong kek hari lahir mereka...Tak sangka 3 orang di bulan yang sama

Hadiah dari saya dan suami...beg timberland. Sempat lagi suami saya shopping di KL sebelum balik ke Kulim

Hadiah yang sama...tapi warna jer lain. Boleh la tukar2 dengan abg adlan...

Iera dapat jam tangan...pink lagi! Suka ke warna pink?

Anak bongsu saya, Basyira yg sedang merakamkan aksi2 orang lain...cas2 power
Batrisya control ayu sokmo

Basyira & Ayah

Kek nie untuk Basyira...


Terima kasih buat suami di atas pemberian hadiah yang istimewa buat anak2 saudara saya...Untuk saya? Mesti lagi special....seutas jam tangan yang saya dah nak beli..hehehe...nasib baik saya belum beli...tq tq...harap gembira dengan pemberian yang tak seberapa dari saya...wallet aje...Semoga jodoh kita berKEKALan hingga ke akhir hayat...AMiN




Dari Qaseh ABAH: "Syurga Isteri di telapak kaki Suami...Hormati dan sayangilah suami kita..."

Sunday, June 7, 2009

Hooreeyyy....ScHooL HoliDay

Salam...


"Ummi...teacher Ila kata tak perlu datang sekolah 2 weeks...kakak cuti..."itulah ayat yang sering batrisya ulang di hari terakhir persekolahannya...Anak sulung saya sangat teruja memandangkan tahun ini adalah tahun pertamanya di alam persekolahan, Q-Dees...

Cuti sekolah adalah hari yang dinantikan oleh semua pelajar...apa taknya...nak relaks laaa sebab baru habis exam...apa yang pasti Ibubapa perlu memastikan anak2 kita mengisi masa cuti sekolah ini dengan perkara2 yang berfaedah. Selalunya, kita akan bawa anak2 bercuti di tempat peranginan,melawat tempat2 yang boleh memberi ilmu dan pengalaman baru, balik kampung dan sebagainya...yang penting, ibubapa kena pastikan anak2 selesai membuat kerja sekolah sebelum pergi bercuti.then, barulaaa kita enjoy!!!!

Isnin minggu lepas, saya dan suami membawa Batrisya (4 thn) dan Basyira (2 thn) ke Aquaria, KLCC. Teruja sungguh anak2 saya pada hari itu...Basyira sibuk jerit fish!fish!fish...excited tengok ikan2 besar dekat dgn mereka. Sebelum ni dapat tengok dalam TV saje.


Saya dan anak2 sedang menuju ke Aquaria, KLCC

Batrisya & Basyira sempat lagi bermain di KLCC

Adeq seronok dapat naik sorang je..kakak tak kacau..


Sewaktu sampai di Aquaria, suami dan saya tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar anak2 sambil melayan kerenah mereka....penat jugak laa tapi apa yang pasti anak2 saya sangat gembira pada hari itu...Saya jaga Batrisya dan suami jaga Basyira...hmmm kena jaga elok2 sebab ramai sangat pengunjung di aquaria. Cuti sekolah katakan....

Batrisya & kura-kura...pose buat2 berani

Batrisya dan tajuk lagu Ella, Rama2...suka betul dia dengan lagu tu

Ayah...kakak berani tak?

Ummi....Snake!!!!

Anak saya yang sulung nie memang suka bergambar...adeq sibuk tengok fish jer...

Suami dan Basyira...apalah yang seronok tu?

Selepas selesai melawat di Aquaria, kami sekeluarga sempat ambil gambar dengan kadar bayaran RM28...ok la tu, untuk kenangan. Selepas enjoy di Aquaria, perut pun dah rasa lapar...kami pun berjalan semula ke dalam KLCC untuk mencari tempat makan...Lepas makan, terus pulang ke rumah. Terima Kasih pada suami kerana buat saya dan anak2 gembira pada hari itu.

Keesokkannya, saya dan anak2 pulang bercuti di rumah mama saya, di kulim. Suami tidak dapat ikut kerana ada urusan kerja. Di kulim, saya dan mama banyak menghabiskan masa untuk menempah tepak sireh dan cincin, booking tempat yatie duduk sewaktu bakal ibu mertuanya sarungkan cincin (mini pelamin), dan lain-lain lagi.

Adik2 saya, Yusuff dan Yatie akan melangsungkan hari pertunangan mereka pada Jun dan Julai 2009. Yusuff akan bertunang pada 27 jun di mentakap pahang dan yatie akan bertunang pada 18 julai di kulim. Selepas balik KL ni, saya agak sibuk menguruskan hantaran adik lelaki saya yang bertemakan black, white & silver. Tunggu yaa gambar2 hantaran yang akan saya siapkan hasil kerja tangan saya sendiri...

Apa yang pasti...anak2 saya sangat gembira bercuti dengan mama iaitu tok kesayangan mereka. Batrisya selalu cakap..."kakak rindu Wan la ummi..." Wan adalah panggilan untuk arwah abah saya...Batrisya sangat rapat dengan arwah abah. Semoga ALLAH tempatkan arwah abah bersama orang2 yang beriman. Amin....

Selamat Bercuti!!!


Dari Qaseh Abah: Buat anak2 di luar sana...selamat bercuti bersama keluarga dan sentiasa
penuhkan ilmu di dada...semoga Allah sentiasa melindungi kita.